1.

Secara jujurnya aku mengaku yang semenjak dua menjak ni hubungan aku dengan facebook dah tak berapa nak kamceng. aku ada juga login-usha awek sekejap-komenkomen-logout. lepas tu login, terus logout. dah kurang nak updateupdate status, main game apatah lagi menjawab kuiz merepek meraban.

Okay straight-to-the-point, malam tadi aku terbukak profile facebook teacher bahasa inggeris aku masa sekolah rendah dulu. pada aku dulu, dia antara cikgu-cikgu yang hot sekali dekat sekolah. walaupun masa tu aku masih bergelar anak-anak kecil, tapi aku tahu yang dia antara cikgu yang body paling solid sekali. aku tak nafikan.

Straight-to-the-main-point, dalam ramairamai dekat friend list dia, aku boleh cam lagi empat lima orang budak satu kelas dengan aku dulu. flashback- main polis sentri masa rehat sebelum start kelas fardhu ain, main rumah-terbakar-panggil-bomba-bomba-datang-berlumba-lumba antara blok bengkel kemahiran hidup dengan pejabat sekolah, main geletek geletek kaki bawah meja dalam perpustakaan, dan tanam pokok sawi belakang sekolah untuk subjek yang sampai sekarang pun kami tak tahu apa. itu semua kenangan duludulu.

Aku tengok semua dah berjaya dengan hidup masingmasing. masuk universiti sana sini. bila aku bukak page yang sorang ni, penuh dengan gambargambar main salji. gambar function itu funtion ini. aku tengok dia pun dah banyak berubah. masa sekolah dulu orang gelar dia macam macam sebab dia ni jenis yang banyak angin, suka menangis, suka menjerit, dan lemahlembut. dulu orang panggil dia pondan. tapi dia pandai. aku tak nafikan. tapi bila aku tengok gambar dia semalam, aku rasa dia dah berubah secara total. aku nyarisnyaris tak cam muka dia.


Tu lah, bila kau reverse balik, flashback kenangan lamalama, maybe kau akan rasa something. pada aku something yang kau tak boleh nak luahkan macam kau update status facebook atau apa apa yang kau tweet dekat twitter. walaupun kadangkadang aku macam nak halau kenangan ni jauhjauh sebab kadangkadang aku nak nampak kool dan ganas, tapi aku tak mampu nak tolak bila 'dia' datang tibatiba. thanks for sweetest memory ever, guys. (<-betul ke bahasa orang putih dia cakap macam ni? maksud aku, kira memori yang paling sedap lah.) -__-!


-
-
-
-
-


Okay, tutup facebook, sambung loading redtube. bai!