Matahari kuning lagi
dari balik batang jeriji
aku hambat kupu-kupu pergi
dia dekat bila mahu dan
jauh bila benci.
Pergi kupu-kupu pergi
terbang tinggi-tinggi
dari bawah sini
aku sendiri saksi
kupu-kupu terbang senget
disergah awan
kepaknya robek.
Kupu-kupu datang lagi
matanya basah dan
hati gundah
kupu-kupu terbang rendah
singgah di hujung jari.
Dari celah jeriji aku
lihat kau menari-nari
kupu-kupu terbang dekat
berhenti sesaat
berkucup berahi dan
bercinta lagi.