Dalam ruang persegi sempit ini
aku seperti menemukan
momen momen yang pernah hilang;
tiang bulat dua dua disusun rapat
papan lapis bertingkat dan
sebentang tirai kusam
berbau hapak.
Bayang bayang kelabu yang
awalnya berderai
semakin terang dan
semakin terang,
hitam dan berwarna.
Dia berbicara kuat
seperti langit
mahu menimpa kepala
sekali sekala menjerit
meraung seperti orang gila
dandanannya melebih-lebih
tampung sini sana.
Irama muzik meliuk lentuk
batang kaki tersengguk-sengguk.
Kau dan aku
kita sepertinya terigau-igau
masih segar terngiang-ngiang
memori kotak opera cina.