Kalau pilih randum, aku mahu jadi dia.
Kenapa? Sebab dia kuat.
Betul, aku tak perlukan kuasa fizikal sepuluh kali lebih dari raja daratan. Tapi aku impikan kuasa dalaman seinci yang mampu menahan sedikit 'halangan' ke depan.
Pilih masalah secara randum. Manusia.
Ada manusia putih, ada manusia hitam. Maaf, aku bukan rasis. Hitam dan putih di sini sebagai simbolik mewakilkan sisi baik dan jahat, malaikat dan syaitan. Kau rasa kuasa fizikal sepuluh kali lebih dari raja daratan mampu selesaikan satu benteng persengketaan?
Kalau jawab kau ya, sila ambil tiket terus ke neraka.
Celaka, datang kau dari mana?